AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM . SELAMAT DATANG KE LAMAN BDIA SMKA WATANIAH 2010 . JIHAD FI SABILILLAH .

Friday, July 23, 2010

perangi hawa nafsu


Assalamualaikum w.b.t

sedikit informasi yang dapat sama-sama kita kongsi.Insyaallah.

Setiap orang memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.

"Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan," 19:59.

Sebagian orang bijak berkata, “Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya” [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]

Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Hawa nafsu musuh utama manusia perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain.

Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan: Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka. Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah. Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”

Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!".

Demikian ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa, sementara berperang dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian, upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi.

Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : "Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat ketimbang menaklukkan sebuah kota!" [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub, h.15]



Semoga latihan memerangi nafsu pada bulan Ramadhan diteruskan untuk bulan-bulan seterusnya.

kata orang . .



Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata;

“Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.

Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula;

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi;

“Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”.

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata;

“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”.

Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya;

“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”

PENUBUHAN BDIA SMKAWA




Ahlan wasahlan ya marhaban bikum . . .

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan bantuan dan dorongan oleh sahabat maka muncullah Pergerakan Badan Dakwah Islami Asrama bagi sesi 2010. dengan dorongan rakan-rakan juga alhamdulillah blog ini dapat disiapkan. harapan agar BDIA SMKAWA akan bergerak dengan baik selangkah dengan penubuhannya. moga apa yang diniatkan akan berhasil dan mendapat sokongan daripada pihak luar mahupun pihak sekolah juga. BDIA ini akan bergerak dengan sebaiknya selaras dengan misinya ''Bersama Melonjakkan Kegemilangan Islam''. Alhamdulillah , musyawarah yang diadakan pada hari Selasa tersebut berjalan dengan lancar. ketika itu juga kabinet bayangan diadakan bagi melantik ahli baru BDIA 2011. mudah-mudahan tahun depan dapat bergerak dengan jayanya tanpa sebarang kesulitan. Kami ahli BDIA SMKAWA mengharapkan yang terbaik bagi sesi 2011. Semoga BDIA SMKAWA tahun depan dapat membentuk ukhuwah yang cemerlang bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang terbaik dan juga akhlak yang terpuji. Semoga rakan-rakan dapat support pergerakan pertubuhan kami ini. Sama-sama kita berjuang ke jalan Allah. Jihad Fi Sabilillah. InsyaAllah. Organisasi kami juga terdiri daripada 8 LAJNAH yang telah di amanatkan oleh Pengerusi BDIA sendiri. Harap kelapan-lapan LAJNAH ini akan membawa tugasnya ke jalan Allah yang esa. Juga dapat membentuk sahsiah yang terpuji.

[ORGANISASI BDIA SMKAWA 2011]


PENGERUSI
Nur Fatin Fakhriah Mohamed


NAIB PENGERUSI
Rayyani Inayati

SETIAUSAHA 1

Siti Norafikah Adnan


SETIAUSAHA 2

Nurul Inani Saffeai

LAJNAH TAMRIN
Nurul Nadia Yusoff


LAJNAH USRAH/TA'ALIM

Noor Syakirah Atirah Mohd Noor

LAJNAH KEWANGAN
Nur Nadiah Abdul Aziz


LAJNAH INFORMASI

Nur Afifah Mat Nawi